Berita Berita
DUN dibubarkan: Pentadbiran Kerajaan Johor beroperasi sebagai kerajaan sementara
JOHOR BAHRU 11 Jun – Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor akan terus beroperasi pada tahap minimum sebagai kerajaan sementara (caretaker government) bagi memastikan segala pengurusan dan urusan harian negeri berjalan lancar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan secara rasmi pada 1 Jun lalu, fungsi pentadbiran harian tetap diteruskan seperti biasa dan memerlukan pemantauan yang rapi.
Susulan perkembangan itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Istana Pasir Pelangi, semalam.
Sesi menghadap tersebut bertujuan untuk mempersembahkan makluman serta perkembangan terkini mengenai status urusan tadbir urus kerajaan negeri. Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada rutin berkala antara Seri Paduka Baginda dan Menteri Besar yang tetap diteruskan bagi memastikan kelangsungan pengurusan harian di bawah mandat kerajaan sementara.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadualkan mengadakan satu Mesyuarat Khas esok bagi menentukan tarikh-tarikh penting berhubung pelaksanaan PRN bagi negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 1:46 pm
Pengangguran Malaysia naik semula ke paras 3.0 peratus pada April
June 11, 2026, 12:38 pm
Salah alamat jadi punca bidan bergaduh dengan penduduk Bandar Scientex Jasin
June 11, 2026, 12:28 pm
Fitnah Tok Batin sorok Jaslinda; Polis teruskan siasatan walau suspek sudah minta maaf
June 11, 2026, 12:14 pm
Tak puas hati rambut digunting: Guru disiplin cedera ditumbuk sekumpulan pelajar
June 11, 2026, 12:06 pm
Didakwa cetus provokasi, KP J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei
June 11, 2026, 11:20 am
Agong tarik balik gelaran 'Tan Sri' Isa Samad susulan sabitan rasuah
June 10, 2026, 9:17 pm
Pendulang emas ditemukan lemas di Gua Musang, dipercayai diserang sawan
June 10, 2026, 9:14 pm
JIM serbu enam premis dikendalikan warga asing di Sepang
June 10, 2026, 9:09 pm
