Berita Berita
Salah alamat jadi punca bidan bergaduh dengan penduduk Bandar Scientex Jasin
JASIN 11 Jun – Gara-gara tersalah mencari alamat rumah pelanggan, seorang bidan bersama suaminya mencetuskan kekecohan serta pertengkaran mulut dengan sekumpulan penduduk di Bandar Scientex Jasin, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.30 malam dan bergegas ke lokasi bagi mengawal keadaan selepas berlaku pertengkaran mulut antara penduduk dan pasangan terbabit.
Siasatan awal mendapati isu berkenaan sebenarnya berpunca daripada salah faham yang mula timbul sejak 8 Jun lalu. Penduduk setempat mendakwa sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki pasangan berkenaan kerap dilihat dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan perumahan tersebut.
“Pasangan tersebut datang ke Bandar Scientex Jasin kerana wanita berkenaan bekerja sebagai bidan dan mengambil upah mengurut wanita selepas bersalin dari rumah ke rumah. Bagaimanapun pasangan ini telah tersilap nombor rumah dan lorong ketika mencari alamat pelanggan dan menimbulkan rasa curiga dalam kalangan penduduk setempat,” katanya hari ini.
Keresahan penduduk memuncak malam tadi apabila kenderaan pasangan itu sekali lagi dikesan berhenti di hadapan sebuah rumah, menyebabkan tiga penduduk bertindak menghampiri kereta terbabit.
Ketika kejadian, hanya si suami yang berada di dalam kenderaan tersebut sementara isterinya sedang mengurut seorang pelanggan yang baru melahirkan anak di sebuah rumah berhampiran. Penduduk bertindak meminta lelaki itu keluar dari kereta sebelum tercetusnya pertengkaran mulut hingga mengundang perhatian orang ramai untuk berkumpul.
Bagaimanapun, situasi tegang itu berjaya dileraikan selepas satu perbincangan diadakan di Balai Polis Merlimau. Semua pihak akhirnya menyedari situasi sebenar adalah satu salah faham, mengakui kesilapan masing-masing, dan bersetuju untuk saling bermaafan. Pihak polis turut mengesahkan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan kes itu bersih daripada sebarang cubaan melakukan jenayah.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 1:46 pm
Pengangguran Malaysia naik semula ke paras 3.0 peratus pada April
June 11, 2026, 12:34 pm
DUN dibubarkan: Pentadbiran Kerajaan Johor beroperasi sebagai kerajaan sementara
June 11, 2026, 12:28 pm
Fitnah Tok Batin sorok Jaslinda; Polis teruskan siasatan walau suspek sudah minta maaf
June 11, 2026, 12:14 pm
Tak puas hati rambut digunting: Guru disiplin cedera ditumbuk sekumpulan pelajar
June 11, 2026, 12:06 pm
Didakwa cetus provokasi, KP J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei
June 11, 2026, 11:20 am
Agong tarik balik gelaran 'Tan Sri' Isa Samad susulan sabitan rasuah
June 10, 2026, 9:17 pm
Pendulang emas ditemukan lemas di Gua Musang, dipercayai diserang sawan
June 10, 2026, 9:14 pm
JIM serbu enam premis dikendalikan warga asing di Sepang
June 10, 2026, 9:09 pm
