Berita Dunia
Bayi baru lahir dibuang dalam beg 'shopping', ditemui dalam keadaan mulut ditutup dengan pita pelekat
DENPASAR 17 Jun – Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui masih hidup selepas ditinggalkan di dalam sebuah beg beli-belah berwarna ungu di tepi jalan di Denpasar Barat, Bali, dalam kejadian yang mengejutkan penduduk setempat.
Kejadian itu disedari oleh orang awam yang curiga dengan sebuah beg guna semula yang ditinggalkan di tepi jalan sebelum bertindak memeriksanya.
Sebaik membuka beg berkenaan, mereka terkejut apabila mendapati seorang bayi perempuan yang masih bertubuh kemerah-merahan dipercayai baru dilahirkan berada di dalamnya.
Lebih memilukan, mulut bayi itu didapati ditutup menggunakan pita pelekat yang dipercayai bertujuan menghalang tangisannya daripada didengari.
Orang ramai yang menemui bayi tersebut segera menanggalkan pita pelekat berkenaan, menenangkan mangsa serta mencari pakaian bagi memastikan bayi itu berada dalam keadaan selesa dan tidak kesejukan.
Susulan penemuan tersebut, anggota Polis Denpasar Barat bergegas ke lokasi sebelum membawa bayi berkenaan ke sebuah klinik berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Menurut kenyataan pasukan perhubungan awam Polis Denpasar, bayi perempuan itu berjaya diselamatkan dan didapati berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan luaran.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan ibu bapa atau individu yang bertanggungjawab meninggalkan bayi tersebut.
Kes berkenaan mengundang perhatian ramai selepas gambar dan rakaman kejadian itu tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
