Berita Berita
Perobohan struktur penjaja dekat UTC Sentul untuk pembangunan semula, bukan tamat perniagaan - DBKL
KUALA LUMPUR 19 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan bahawa kerja-kerja perobohan struktur penjaja di Jalan 3/48A berhampiran UTC Sentul yang tular di media sosial adalah sebahagian daripada proses pembangunan semula kawasan tersebut, bukannya bertujuan menamatkan atau memindahkan aktiviti perniagaan di lokasi berkenaan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, kawasan terbabit telah menjadi lokasi perniagaan komuniti setempat sejak hampir 30 tahun lalu dengan rekod DBKL menunjukkan terdapat 33 struktur penjaja dan 20 daripadanya dikenal pasti masih aktif menjalankan perniagaan.
Menurut beliau, perancangan projek di bawah Program Lestari Niaga itu tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa kerana beberapa siri perbincangan serta sesi libat urus bersama penjaja dan pihak berkepentingan telah diadakan seawal 10 Februari 2026 bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas mereka.
Beliau menyatakan perkara tersebut pada sidang media hari ini bersempena lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh ke tapak inisiatif lestari niaga Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bandar Baru Sentul.
Fadlun menjelaskan bahawa kerja-kerja perobohan struktur sedia ada adalah langkah perlu bagi membolehkan pembinaan semula kemudahan yang lebih selamat, tersusun, dan memenuhi keperluan semasa.
Melalui projek pembangunan semula itu, sebanyak 20 kiosk modular baharu akan dibina lengkap dengan kemudahan bekalan air dan elektrik, ruang makan berbumbung, pencahayaan yang lebih baik, tempat mencuci tangan, kemudahan pengurusan sisa, serta penambahbaikan sistem saliran.
Bagi mengurangkan beban penjaja yang terlibat sepanjang tempoh pembangunan tersebut, DBKL turut memperkenalkan bantuan khas sebanyak RM1,500 sebulan selama tiga bulan kepada setiap penjaja sehingga projek berkenaan siap sepenuhnya.
Pendekatan itu diambil bagi memastikan semua penjaja terbabit dapat kembali berniaga di lokasi yang sama selepas projek siap tanpa perlu berpindah ke tapak sementara.
Berita berkaitan
June 19, 2026, 1:20 pm
DBKL peruntuk RM200 juta naik taraf 287 lokasi penjaja di Kuala Lumpur - Hannah Yeoh
June 19, 2026, 1:07 pm
Atuk meringkuk 33 tahun dalam penjara, 14 sebatan kes rogol, amang seksual 2 cucu kandung
June 19, 2026, 12:26 pm
Tindakan undang-undang PKR terhadap Rafizi, Nik Nazmi diserahkan kepada peguam parti
June 19, 2026, 12:13 pm
DBKL sita 13 gerai warga asing termasuk pemegang kad UNHCR di Selayang
June 19, 2026, 11:33 am
Dua melecur, seorang sesak nafas dalam kebakaran rumah sewa di Bukit Baru
June 19, 2026, 10:49 am
