TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

(VIDEO) Netizen 'kembang tekak' lihat tikus berkeliaran, ambil makanan di restoran di Johor

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

JOHOR 22 Jun- Sebuah video yang didakwa memaparkan seekor tikus berada di dalam sebuah restoran di Johor tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap tahap kebersihan premis makanan berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan seekor tikus dipercayai berkeliaran di kawasan penyediaan makanan sebelum rakaman itu dikongsi di media sosial. 

Hantaran berkenaan turut disertakan kapsyen menggesa orang ramai mengelakkan daripada mengunjungi restoran tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa jijik dan bimbang terhadap aspek kebersihan premis makanan, selain menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan segera bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian kebersihan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pengurusan restoran mahupun pihak berkuasa berhubung kesahihan video yang tular itu. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan lanjut dijalankan.

+ - reset