Berita Viral
Dua penunggang motosikal 'cium' belakang kereta lepas rakan bergurau tarik kunci?
KUALA LUMPUR 23 JUN - Tular di media sosial dua penunggang motosikal terlibat dalam satu kemalangan jalan raya selepas invididu dipercayai rakannya ingin menarik kunci semasa di atas jalan raya.
Menerusi video berdurasi 11 saat yang dikongsikan oleh @mhdddaniil di media sosial memperlihatkan dua penunggang itu didekati rakannya sebelum cubaan menarik kunci.
Semasa sedang bergelut untuk menarik kunci, mangsa memecut laju sebelum melanggar belakang sebuah kereta Proton Iriz.
Kesan daripada pelenggaran itu, kedua-dua mangsa terpelanting yang mana salah seorang dari mereka hampir tercampak ke atas bumbung.
Kedua-dua mangsa juga dilihat terbaring di atas jalan raya selepas insiden terbabit.
Sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berkenaan insiden yang melibatkan kedua-dua penunggang motosikal itu.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 4:40 pm
Ahlong hantar 'rider' makanan suruh bayar hutang
June 23, 2026, 10:07 am
(VIDEO) Netizen 'kembang tekak' lihat tikus berkeliaran, ambil makanan di restoran di Johor
June 22, 2026, 10:53 am
'Tak sayang nyawa' - Remaja lakukan aksi 'wheelie ekstrem' undang kecaman netizen
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
