TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Jadi mak bapak tak boleh cuai' - Netizen berang budak baru pandai jalan lintas jalan sendirian di Johor Bahru

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

JOHOR BAHRU 23 Jun– Satu kejadian membabitkan seorang kanak-kanak yang dilihat keseorangan tanpa pantauan ibubapa di Ninso Plentong telah mencetuskan perbualan hangat di media sosial.

Ramai netizen meluahkan rasa bimbang terhadap tahap keselamatan dan tanggungjawab ibu bapa.

Menurut video kamera papan pemuka yang dikongsi, kanak-kanak tersebut dilihat berjalan keluar dari premis dan melintas jalan tanpa pantauan ibubapa.

Pemilik kamera papan pemuka tersebut kemudian bertindak menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan dibawa masuk semula ke dalam premis.

Dalam ruangan komen, ramai pengguna meluahkan pandangan masing-masing terhadap insiden tersebut.

Seorang pengguna, uman_kumasi menzahirkan rasa kesal terhadap situasi itu sambil mempersoalkan tanggungjawab penjaga.

“Ni bukti yang tak semua layak jadi ibubapa. Kesian lah kau dik,”tulisnya.

Seorang lagi pengguna, helmi.amirul_ mencadangkan supaya pihak berkuasa dihubungi bagi menangani keadaan tersebut dengan lebih serius.

“Ambik je budak tu hantar balai polis cakap jumpa budak ni berkeliaran. Baru ibubapa dia ada akal," katanya.

Sementara itu, seorang netizen, johorsportsevent turut mengingatkan tentang risiko keselamatan yang boleh berlaku jika kejadian tidak dicegah lebih awal.

“Bising je bang, kalau kene langgar dah satu hal, silap-silap kita yg bersalah,” komennya.

Insiden tersebut turut mengundang pelbagai reaksi lain daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya berharap ibu bapa lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan anak-anak, terutama di kawasan awam yang berisiko.

+ - reset