Berita Viral
Ahlong hantar 'rider' makanan suruh bayar hutang
KUALA LUMPUR 23 JUN - Sekumpulan penghantar makanan dan barangan Lalamove mendakwa menjadi mangsa taktik sabotaj dipercayai berpunca daripada sindiket pinjaman wang haram atau Ahlong di Klang, Selangor.
Insiden tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Qtmey0s_, yang turut menjadi mangsa mendedahkan bagaimana insiden itu berlaku.
Kejadian dipercayai bermula apabila seorang individu (peminjam) didakwa gagal melunaskan hutang dengan pihak Ahlong.
Sebagai tindak balas dan cubaan mengorbankan pihak ketiga, sindiket berkenaan bertindak membuat pesanan Lalamove dalam jumlah yang banyak secara serentak.
Kesemua penghantar barangan tersebut kemudiannya diarahkan untuk menghantar pesanan ke alamat rumah peminjam berkenaan, menyebabkan kawasan hadapan rumah tersebut dipenuhi oleh penunggang motosikal yang 'tersidai' menunggu pelanggan.
"Bukan sorang dua rider dia 'scam', harga (tambang) pun masing-masing bukan main mahal," kata pengguna berkenaan dalam hantaran tersebut.
Situasi menjadi lebih rumit buat penghantar kerana sistem aplikasi tidak membenarkan mereka membatalkan pesanan sesuka hati.
Sekiranya pembatalan dibuat secara sengaja oleh pihak penghantar, mereka berdepan risiko sekatan akaun yang menjejaskan punca pendapatan.
Menyedari mereka terperangkap dalam 'perang' antara Ahlong dan peminjam, sekumpulan penghantar barangan itu mengambil tindakan tegas.
Salah seorang penghantar bertindak bersemuka secara dalam talian dengan pihak yang membuat pesanan (Ahlong) dan mengugut untuk membuat laporan polis jika pesanan-pesanan palsu tersebut tidak dibatalkan segera.
Sedar tindakan mereka boleh mengundang siasatan pihak berkuasa, pihak Ahlong berkenaan akhirnya akur dan membatalkan kesemua pesanan palsu yang dibuat.
Meskipun tiada kerugian wang ringgit dilaporkan daripada pihak penghantar kerana pesanan berjaya dibatalkan oleh pengirim, insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti 'rider' mengenai keselamatan aplikasi dan kelonggaran sistem yang membolehkan pihak tidak bertanggungjawab mempermainkan mereka.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 7:08 pm
Dua penunggang motosikal 'cium' belakang kereta lepas rakan bergurau tarik kunci?
June 23, 2026, 10:07 am
(VIDEO) Netizen 'kembang tekak' lihat tikus berkeliaran, ambil makanan di restoran di Johor
June 22, 2026, 10:53 am
'Tak sayang nyawa' - Remaja lakukan aksi 'wheelie ekstrem' undang kecaman netizen
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
