Berita Berita
Tiada kompromi, DBKL saman anggota penguat kuasa buang sampah dari kenderaan rasmi
KUALA LUMPUR 24 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas terhadap seorang kakitangannya yang didakwa membuang sampah daripada kenderaan rasmi jabatan selepas insiden itu tular di media sosial baru-baru ini.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran yang tersebar di platform Threads berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada 21 Jun lalu.
Menurut kenyataan itu, pihak DBKL memandang serius dakwaan berkenaan dan telah mengambil tindakan segera dengan memanggil kakitangan terbabit bagi mendapatkan penjelasan selain menjalankan semakan lanjut berhubung insiden tersebut.
“Susulan tindakan berkenaan, kakitangan terbabit telah dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya.
DBKL turut menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menitikberatkan aspek integriti, disiplin serta profesionalisme dalam kalangan warga kerja bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada warga kota.
Menurut kenyataan itu lagi, DBKL tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej organisasi dan akan terus memperkukuhkan pematuhan terhadap peraturan serta tatakelola kerja dari semasa ke semasa.
Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa seorang individu dipercayai kakitangan DBKL membuang sampah dari kenderaan rasmi jabatan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 3:25 pm
'Content makan tuan', mahkamah arah Che’gu Bard bela diri kes fitnah Agong
June 24, 2026, 3:09 pm
Media sosial gagal patuh pengesahan umur berdepan denda hingga RM10 juta
June 24, 2026, 3:02 pm
Polis KL banteras curi kabel: 276 laporan diterima, rampasan bernilai RM629,000
June 24, 2026, 2:55 pm
Hina Agong di Facebook: Pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan, denda RM50,000
June 24, 2026, 2:02 pm
Kes dompet tular: Dakwaan pulangkan wang RM10,000 diperincikan, suspek diberi jaminan polis
June 24, 2026, 1:45 pm
Guru kontrak didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar 13 tahun di hotel
June 24, 2026, 1:41 pm
Bekas jurutera IT didenda RM18,000 guna IC palsu tebus subsidi BUDI95
June 24, 2026, 1:39 pm
Pekerja kilang maut, motosikal terbabas masuk longkang di Persiaran Selangor
June 24, 2026, 1:12 pm
