Berita Berita
Lelaki meninggal dunia ketika bermain boling
KUALA SELANGOR 26 Jun – Seorang lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika bermain boling di sebuah pusat sukan berkenaan, di daerah ini semalam.
Mangsa berusia 36 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang pada pukul 10.12 malam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik lelaki itu pukul 12.15 tengah malam tadi dengan memaklumkan mangsa dilaporkan tiba-tiba pengsan ketika bermain sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah,” katanya hari ini.
Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada serangan jantung mengejut dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Terdahulu, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor menerusi Facebooknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Iz’aan Haris Sarengat yang juga peserta Kejohanan Tenpin Boling Belia 2026 anjuran Penggerak Belia Selangor Sabak Bernam.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
PDRM rekod 14,211 tindakan tatatertib, SPRM 226 kes
June 26, 2026, 8:55 am
PM Anwar kekal pemimpin politik raih sokongan tertinggi - Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026, 8:47 am
Nahas dua maut, kereta pegawai polis hilang kawalan ketika memotong di Lenggong
June 26, 2026, 8:27 am
Lelaki maut tercampak 30 meter selepas SUV terbabas rempuh motosikal berteduh
June 25, 2026, 10:48 pm
Bayi 11 bulan maut, jatuh kerusi di rumah pengasuh ketika disuap makan
June 25, 2026, 9:39 pm
