Berita Berita
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
KUALA LUMPUR 26 Jun - Pameran perdagangan dan pelaburan MyExpo Dili 2026 bakal kembali untuk edisi kedua dengan sasaran memperkukuh hubungan perdagangan rentas sempadan serta membuka peluang pelaburan baharu di Timor-Leste yang kini dilihat sebagai antara pasaran paling berpotensi di rantau ASEAN.
Program yang diilhamkan oleh Kedutaan Malaysia di Dili, Timor-Leste itu sekali lagi dianjurkan dan diuruskan oleh My Events International susulan kejayaan penganjuran sulungnya, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai platform strategik bagi syarikat Malaysia meneroka pasaran baharu di rantau ini.
My Events International dalam kenyataannya memaklumkan, Timor-Leste yang sedang menuju penyertaan penuh dalam ASEAN menawarkan potensi besar dalam pelbagai sektor ekonomi, sekali gus menjadikannya destinasi pelaburan yang semakin mendapat perhatian komuniti perniagaan serantau.
Menurut kenyataan itu, MyExpo Dili 2026 dirangka sebagai platform yang menghimpunkan pemimpin korporat, pembuat dasar dan syarikat inovatif bagi mewujudkan kerjasama strategik serta mempercepatkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
"Penganjuran kali ini dijangka menghimpunkan 50 delegasi kanan daripada 20 syarikat terkemuka yang bersedia mengembangkan operasi dan membina jaringan perniagaan di Dili," menurut kenyataan itu.
Antara kelebihan yang ditawarkan kepada syarikat Malaysia melalui penyertaan dalam ekspo itu ialah peluang menjadi antara peneraju awal dalam pasaran baharu ASEAN, mengadakan sesi padanan perniagaan (B2B) secara terus dengan bakal rakan strategik, pengedar serta agensi kerajaan tempatan.
Selain itu, peserta turut berpeluang meneroka sektor-sektor yang sedang berkembang pesat di Timor-Leste termasuk infrastruktur, barangan pengguna, teknologi digital, penerbangan dan hospitaliti.
My Events International turut memaklumkan bahawa program berkenaan mendapat sokongan penuh Kedutaan Malaysia di Dili bagi memastikan kelancaran urusan perniagaan dan mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif kepada syarikat Malaysia.
Bagi menjayakan misi perdagangan antarabangsa itu, My Events International turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan strategik dan korporat, termasuk Weststar Gap Aviation LDA sebagai rakan strategik, manakala Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (MIMCOIN), Tourism Malaysia dan TF Entertainment sebagai rakan sokongan.
Batik Air pula dilantik sebagai rakan syarikat penerbangan rasmi, Hotel Timor sebagai rakan hotel rasmi dan Telkomcel sebagai rakan telekomunikasi rasmi.
My Events International memaklumkan penyertaan masih dibuka kepada syarikat yang berminat menyertai delegasi ekonomi berkenaan, namun pendaftaran akan ditutup dalam masa terdekat. Syarikat yang berminat digalakkan membuat pendaftaran segera bagi merebut peluang mengembangkan perniagaan ke pasaran Timor-Leste.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
PDRM rekod 14,211 tindakan tatatertib, SPRM 226 kes
June 26, 2026, 8:55 am
PM Anwar kekal pemimpin politik raih sokongan tertinggi - Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026, 8:47 am
Nahas dua maut, kereta pegawai polis hilang kawalan ketika memotong di Lenggong
June 26, 2026, 8:27 am
Lelaki maut tercampak 30 meter selepas SUV terbabas rempuh motosikal berteduh
June 26, 2026, 7:53 am
Lelaki meninggal dunia ketika bermain boling
June 25, 2026, 10:48 pm
Bayi 11 bulan maut, jatuh kerusi di rumah pengasuh ketika disuap makan
June 25, 2026, 9:39 pm
