Berita Berita
Nahas dua maut, kereta pegawai polis hilang kawalan ketika memotong di Lenggong
LENGGONG 26 Jun – Cubaan sebuah kereta memotong kenderaan lain dipercayai menjadi punca nahas yang mengorbankan seorang pegawai polis dan seorang guru di Kilometer 29 Jalan Kuala Kangsar-Baling berhampiran Restoran Tasik Raban di sini pada petang Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang maut ialah Inspektor Melvindar Singh Gamum Singh, 41, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu dan seorang guru Kolej Vokasional Gerik, Zuraida Abu Bakar, 47.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios yang dipandu pegawai polis berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Keadaan itu menyebabkan Toyota Vios itu bertembung dengan Honda Odyssey yang dinaiki enam guru wanita yang dalam perjalanan menghala ke Gerik," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Jumaat.
Menurut beliau, ketika kejadian, Honda Odyssey berkenaan dipandu seorang guru wanita berusia 44 tahun dan membawa lima lagi guru wanita berusia antara 29 hingga 55 tahun.
Beliau berkata, guru yang maut merupakan salah seorang daripada lima penumpang MPV tersebut yang berada di tempat duduk belakang ketika kejadian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
PDRM rekod 14,211 tindakan tatatertib, SPRM 226 kes
June 26, 2026, 8:55 am
PM Anwar kekal pemimpin politik raih sokongan tertinggi - Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026, 8:27 am
Lelaki maut tercampak 30 meter selepas SUV terbabas rempuh motosikal berteduh
June 26, 2026, 7:53 am
Lelaki meninggal dunia ketika bermain boling
June 25, 2026, 10:48 pm
Bayi 11 bulan maut, jatuh kerusi di rumah pengasuh ketika disuap makan
June 25, 2026, 9:39 pm
