Berita Berita
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
BAYAN LEPAS 26 Jun - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar, di sini, malam tadi.
Mangsa ditemukan orang awam kira-kira jam 11.30 malam di tingkat lima kondominium berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.
Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz memaklumkan beliau berada di lokasi kejadian bagi memberi bantuan diperlukan.
"Saya berada di lokasi antara jam 12.15 tengah malam hingga jam 2 pagi selepas dimaklumkan kejadian membabitkan kanak-kanak itu yang dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 24.
"Moga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran," katanya dalam kenyataan itu.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 9:30 am
PDRM rekod 14,211 tindakan tatatertib, SPRM 226 kes
June 26, 2026, 8:55 am
PM Anwar kekal pemimpin politik raih sokongan tertinggi - Tinjauan Merdeka Center
June 26, 2026, 8:47 am
Nahas dua maut, kereta pegawai polis hilang kawalan ketika memotong di Lenggong
June 26, 2026, 8:27 am
Lelaki maut tercampak 30 meter selepas SUV terbabas rempuh motosikal berteduh
June 26, 2026, 7:53 am
Lelaki meninggal dunia ketika bermain boling
June 25, 2026, 10:48 pm
Bayi 11 bulan maut, jatuh kerusi di rumah pengasuh ketika disuap makan
June 25, 2026, 9:39 pm
