Berita Berita
Lelaki bergelar 'Datuk' dipercayai ketua kongsi gelap antara 291 ditahan, dadah RM6.26 juta dirampas dalam Op Gaurus
KUALA LUMPUR 26 Jun - Seorang lelaki bergelar 'Datuk' yang dipercayai mengetuai kumpulan kongsi gelap antara 291 individu diberkas dalam Op Gaurus yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Perak, Lembah Klang dan Johor minggu lalu.
Operasi itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM6.26 juta serta penahanan sembilan individu yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah diketuai suspek.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang berusia lingkungan pertengahan 40-an dipercayai merupakan ketua kumpulan kongsi gelap yang aktif menjalankan kegiatan di beberapa negeri terbabit.
"Dalam operasi berkenaan pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah antaranya jenis heroin, serbuk dan cecair MDMA, ketamin, pil ekstasi, pil erimin 5 dan ganja bernilai RM6.26 juta selain berjaya memberkas seramai sembilan ahli sindiket berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.
Hussein berkata, siasatan mendapati sindiket itu menggunakan modus operandi membeli dadah secara pukal sebelum membungkus semula bahan terlarang berkenaan untuk dipasarkan di pusat-pusat hiburan.
"Sindiket ini dipercayai aktif beroperasi di sekitar Perak, Lembah Klang, dan Johor sejak pertengahan 2024," katanya.
Dalam operasi sama, polis turut menyita pelbagai aset dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan sindiket, termasuk sebuah Nissan Sentra, Mazda, Maserati Ghibli, Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Mercedes-Benz CL250, dua utas jam tangan Rolex serta wang tunai berjumlah RM4,383.
Hussein berkata, kesemua individu yang ditahan berusia antara 19 hingga 74 tahun, dengan lima daripada mereka didapati positif pelbagai jenis dadah.
"Semua yang ditahan berusia 19 hingga 74 tahun dan lima daripada mereka positif pelbagai jenis dadah.
"Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan turut diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 terhadap semua aset milik sindiket berkenaan," katanya.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 6:16 pm
Kerajaan percepat bina rumah sewa mampu milik untuk penjawat awam - Anwar
June 26, 2026, 5:34 pm
Mahkamah tolak semakan, Isa Samad kekal dipenjara enam tahun, denda RM15.45 juta
June 26, 2026, 5:03 pm
PRN Johor: BN lancar manifesto 63 tekad, tawar 200,000 peluang kerja
June 26, 2026, 2:28 pm
PRN Johor: Pas sasar jadi pembangkang, mahu Melayu-Islam terajui Johor
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
