Berita Berita
'Jangan ingat orang kita sekarang ini masih bodoh' - MUDA persoal Kor Ming umum RM216.44 juta menjelang PRN Johor
KUALA LUMPUR 26 Jun - Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz mempersoalkan pengumuman peruntukan RM216.44 juta oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk pembangunan perumahan serta kesejahteraan komuniti di Johor yang dibuat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu mendakwa pengumuman sedemikian seolah-olah mengulangi amalan pemberian 'gula-gula pilihan raya' yang sering dilakukan ketika musim pilihan raya.
Menurutnya, walaupun pembangunan yang diumumkan itu dialu-alukan, persoalan utama ialah mengapa pengumuman hanya dibuat ketika PRN semakin hampir.
“Bukannya saya tak suka bila kita nak bangunkan benda ini, beliau kata benda ini dah ada dalam RMK13. Persoalannya, pengumuman macam ini ia akan dibuat bila dah nak tiba PRN?” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Amira berkata, rakyat khususnya pengundi di Johor kini semakin matang dan mampu menilai sama ada sesuatu pengumuman merupakan dasar kerajaan yang dirancang atau sekadar strategi meraih sokongan politik.
“Adakah semua ini gula-gula yang menteri nak tabur untuk Bangsa Johor. Jangan ingat orang kita sekarang ini masih bodoh.”
Beliau turut mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pernah membuat pengumuman hampir sama ketika beberapa pilihan raya kecil (PRK), termasuk di Kuala Kubu Baharu dan Sungai Bakap.
Semalam, Nga mengumumkan kementeriannya memperuntukkan RM216.44 juta kepada Johor di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memperkukuh pembangunan perumahan, kemudahan awam dan kesejahteraan komuniti.
Beliau berkata, peruntukan itu meliputi pelaksanaan projek perumahan mampu milik, kerja penyelenggaraan, penyediaan kemudahan awam, peningkatan aspek keselamatan komuniti, pengurusan sisa pepejal serta pembangunan bandar dan luar bandar.
Pilihan Raya Negeri Johor ditetapkan pada 11 Julai depan, dengan hari penamaan calon berlangsung hari ini (27 Jun), manakala pengundian awal dijadualkan pada 7 Julai.
Berita berkaitan
June 26, 2026, 6:16 pm
Kerajaan percepat bina rumah sewa mampu milik untuk penjawat awam - Anwar
June 26, 2026, 5:34 pm
Mahkamah tolak semakan, Isa Samad kekal dipenjara enam tahun, denda RM15.45 juta
June 26, 2026, 5:03 pm
PRN Johor: BN lancar manifesto 63 tekad, tawar 200,000 peluang kerja
June 26, 2026, 2:28 pm
PRN Johor: Pas sasar jadi pembangkang, mahu Melayu-Islam terajui Johor
June 26, 2026, 12:35 pm
MyExpo Dili 2026 kembali buka peluang pelaburan baharu ASEAN di Timor-Leste
June 26, 2026, 10:41 am
Budak 5 tahun maut terjatuh tingkat 24 kondominium
June 26, 2026, 9:30 am
