TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ular sawa 100kg kekenyangan ratah kambing dalam kandang

By
|
Kongsi
image

GUA MUSANG 29 Jun – Seorang penternak di Kampung Batu Papan di sini berdepan detik cemas apabila mendapati seekor ular sawa batik gergasi seberat 100 kilogram (kg) sedang berehat kekenyangan di dalam kandang selepas membaham seekor kambing miliknya, hari ini.

Kehadiran reptilia sepanjang 4.5 meter itu disedari oleh pemiliknya sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.33 pagi, sebelum menggerakkan sebuah jentera bersama kekuatan empat anggota ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati ular sawa batik berkenaan masih berada di dalam kandang tersebut dalam keadaan statik kerana dipercayai baru sahaja selesai menelan seekor kambing ternakan.

“Operasi menangkap reptilia itu menggunakan peralatan khas berjaya diselesaikan dalam tempoh kira-kira 10 minit sahaja memandangkan ular tersebut agak agresif namun pergerakannya terbatas akibat kekenyangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Azrul Izzham menambah, ular sawa batik yang berjaya dijinakkan itu kemudiannya dibawa balik ke balai sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan pemuliharaan serta pelepasan semula ke habitat asal yang selamat.

+ - reset