Berita Berita
Kerajaan lulus peruntukan tambahan RM10 juta perkasa industri teksi – Anwar
KUALA LUMPUR 3 Julai – Kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta bagi membantu pemandu teksi di seluruh negara memiliki kenderaan baharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambahan peruntukan itu menjadikan jumlah keseluruhan dana kepada RM20 juta bagi menjaga kebajikan dan pemerkasaan pemandu teksi di seluruh negara.
Ini kerana katanya, peruntukan RM10 juta diumumkan dalam Belanjawan 2026 sebelum ini habis dimanfaatkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan.
Sekali gus membuktikan permintaan tinggi dalam kalangan pemandu untuk menukar kenderaan lama kepada model baharu.
“Dana kerajaan yang saya umumkan dalam Belanjawan tahun lalu ialah RM10 juta. Disebabkan sambutan yang amat baik, saya luluskan hari ini tambahan RM10 juta lagi.
“Peruntukan ini khusus untuk industri teksi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional di Dataran Merdeka hari ini.
Berita berkaitan
July 3, 2026, 4:52 pm
DBKL keluar notis, kompaun JMB 'Bund Shanghai' gagal patuhi arahan
July 3, 2026, 4:13 pm
Lelaki maut tersepit, Alza bertembung Alphard di Bera
July 3, 2026, 4:04 pm
TEKUN bantu dua beradik hilang kaki bina hidup semula berniaga cendol
July 3, 2026, 4:02 pm
Isu JS-SEZ: Anwar sifatkan Onn Hafiz 'tak cerdik' guna projek pusat sebagai modal kempen
July 3, 2026, 3:53 pm
Isu lantikan di NFCC: Kuasa batal keanggotaan Azam Baki tertakluk pada Agong – PM
July 3, 2026, 2:18 pm
'Saya dilantik Agong sebagai penasihat NFCC, bukan kerana jawatan di SPRM' - Azam Baki
July 3, 2026, 11:56 am
