TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Isu JS-SEZ: Anwar sifatkan Onn Hafiz 'tak cerdik' guna projek pusat sebagai modal kempen

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menggunakan isu penangguhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai modal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai langkah yang tidak wajar dan tidak mengenang budi.

Anwar menegaskan, mega projek berimpak tinggi itu merupakan inisiatif strategik di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan secara bersama dengan kerajaan negeri, bukannya agenda komersial sepihak.

"Soal nak turunkan tanda tangan (perjanjian rasmi) itu, ia adalah urusan antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura. Ia belum sampai ke tahap penglibatan Menteri Besar lagi.

"Jadi tidak payah jadikan perkara ini sebagai isu politik. Sehingga kini projek tersebut sedang berjalan lancar dengan peruntukan belanja yang tinggi serta turut menerima bantuan kewangan yang besar daripada kerajaan pusat. Sudahlah tidak berterima kasih, dia gunakan pula isu ini masa kempen untuk mencela, ini tindakan yang tidak kena dan tak cerdik," katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena di sini, hari ini.

Kenyataan balas Perdana Menteri itu merujuk kepada ucapan Onn Hafiz semalam, yang secara terbuka mendesak Putrajaya supaya menyegerakan pengumuman rasmi terma JS-SEZ bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi wilayah selatan tidak terjejas.

Menteri Besar Johor itu dilaporkan berkata, pelan induk komprehensif bagi zon ekonomi khas tersebut sebenarnya sudah siap sepenuhnya. Beliau berpendapat sebarang penangguhan lanjut adalah tidak wajar kerana garis masa pengumuman asal pada penghujung tahun 2025 serta tarikh rujukan baharu pada 30 Mac lalu telah pun terlepas, sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pelabur asing.

+ - reset