TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Isu lantikan di NFCC: Kuasa batal keanggotaan Azam Baki tertakluk pada Agong – PM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelantikan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai ahli Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) adalah sah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan kekal berkuat kuasa sehingga 19 September 2027.

Beliau menjelaskan, memandangkan watikah pelantikan tersebut diberikan atas perkenan Seri Paduka Baginda untuk tempoh tiga tahun bermula 20 September 2024, sebarang keputusan atau tindakan untuk membatalkan kedudukan itu juga adalah tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Lantikan Yang di-Pertuan Agong itu terpakai sehingga 2027. Nak batalkan kedudukan itu, kuasanya pada Yang di-Pertuan Agong dan berakhir pada 2027. Itu sajalah,” katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mempersoalkan justifikasi serta kredibiliti di sebalik pengekalan Azam sebagai penasihat agensi jenayah kewangan berkenaan.

Hamzah sebelum ini membangkitkan isu tersebut di ruang awam dengan mendakwa bahawa Azam pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi sebelum ini, termasuk dakwaan penglibatan dalam skandal korporat kartel atau 'mafia' serta isu pemilikan saham.

Susulan pertikaian yang timbul, NFCC menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd. Jamil hari ini tampil memperincikan status keanggotaan tersebut.

Pihak NFCC menjelaskan, pelantikan Azam digazetkan atas kapasiti individu dan bersifat bebas, yang bermaksud kedudukan beliau di dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat atau terjejas sama sekali dengan peletakan jawatan atau persaraan beliau daripada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini.

+ - reset