Berita Berita
Lelaki maut tersepit, Alza bertembung Alphard di Bera
KUANTAN 3 Julai – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan ngeri dengan sebuah Toyota Alphard di Jalan Temerloh-Bera berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tawar, Bera pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa mengesahkan mangsa yang berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Sementara itu, pemandu Toyota Alphard yang berusia 29 tahun hanya mengalami cedera ringan.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 9.59 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.
"Setibanya di lokasi, didapati pemandu Perodua Alza tersepit di dalam kenderaannya yang remuk, manakala pemandu Alphard pula telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum pasukan bomba tiba.
"Anggota bomba bertindak mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat khas dan pengusung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Salahuddin menambah, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat, manakala pemandu yang mengalami cedera ringan dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Berita berkaitan
July 3, 2026, 4:52 pm
DBKL keluar notis, kompaun JMB 'Bund Shanghai' gagal patuhi arahan
July 3, 2026, 4:04 pm
TEKUN bantu dua beradik hilang kaki bina hidup semula berniaga cendol
July 3, 2026, 4:02 pm
Isu JS-SEZ: Anwar sifatkan Onn Hafiz 'tak cerdik' guna projek pusat sebagai modal kempen
July 3, 2026, 3:53 pm
Isu lantikan di NFCC: Kuasa batal keanggotaan Azam Baki tertakluk pada Agong – PM
July 3, 2026, 2:43 pm
Kerajaan lulus peruntukan tambahan RM10 juta perkasa industri teksi – Anwar
July 3, 2026, 2:18 pm
'Saya dilantik Agong sebagai penasihat NFCC, bukan kerana jawatan di SPRM' - Azam Baki
July 3, 2026, 11:56 am
