Berita Berita
DBKL keluar notis, kompaun JMB 'Bund Shanghai' gagal patuhi arahan
KUALA LUMPUR 3 Julai - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis serta mengenakan dua kompaun terhadap Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flat Hicks di Bukit Bintang selepas didapati masih gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan berkaitan aspek kebersihan premis berkenaan.
DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil susulan pemeriksaan yang dijalankan hari ini, selepas lawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur ke lokasi terbabit pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati pihak JMB Flat Hicks masih gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini.
"Pemeriksaan mendapati bahawa JMB Flat Hicks masih gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh DBKL.
"Sehubungan itu, satu Notis Kacau Ganggu telah dikeluarkan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang mengarahkan tindakan pembetulan dilaksanakan dengan segera.
"Selain itu, satu kompaun telah dikenakan di bawah Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta satu kompaun di bawah Seksyen 82(5), Akta Kerajaan Tempatan 1976 atas kegagalan mematuhi arahan pembersihan yang telah dikeluarkan," kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, DBKL memaklumkan pihaknya turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan bagi memastikan tahap kebersihan kawasan terpelihara sekali gus melindungi kesihatan awam.
"DBKL akan terus memantau tahap pematuhan pihak yang bertanggungjawab dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sekiranya arahan yang dikeluarkan terus gagal dipatuhi," katanya.
Terdahulu, keadaan Flat Hicks yang lebih dikenali sebagai 'Bund Shanghai' kembali menjadi perhatian selepas video dimuat naik seorang pencipta kandungan YouTube dari Australia memaparkan keadaan kediaman itu yang kotor, usang dan berbau sehingga mencetuskan perbualan dalam kalangan pengguna media sosial.
Susulan penularan video berkenaan, DBKL menjalankan operasi pembersihan di Flat Hicks pada Selasa dan memaklumkan beberapa tindakan termasuk operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan di premis itu sebelum ini.
Berita berkaitan
July 3, 2026, 4:13 pm
Lelaki maut tersepit, Alza bertembung Alphard di Bera
July 3, 2026, 4:04 pm
TEKUN bantu dua beradik hilang kaki bina hidup semula berniaga cendol
July 3, 2026, 4:02 pm
Isu JS-SEZ: Anwar sifatkan Onn Hafiz 'tak cerdik' guna projek pusat sebagai modal kempen
July 3, 2026, 3:53 pm
Isu lantikan di NFCC: Kuasa batal keanggotaan Azam Baki tertakluk pada Agong – PM
July 3, 2026, 2:43 pm
Kerajaan lulus peruntukan tambahan RM10 juta perkasa industri teksi – Anwar
July 3, 2026, 2:18 pm
'Saya dilantik Agong sebagai penasihat NFCC, bukan kerana jawatan di SPRM' - Azam Baki
July 3, 2026, 11:56 am
