TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dari 162 calon, MRSM pilih 16 warden wanita

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 JULAI: Seramai 162 calon warden wanita sepenuh masa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaring oleh Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Inkubator Teknologi Makanan MARA Kepong, Khamis lalu.

Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, hanya 16 calon sahaja akan dipilih selepas melalui proses saringan yang ketat dan temu duga terperinci.

“Kesemua calon menjalani tiga komponen penilaian iaitu Ujian Pemeriksaan Indeks Jisim Badan (BMI), Ujian Bleep Test dan temu duga bersemuka bagi menentukan merit serta kelayakan mereka sebelum dilantik sebagai Warden Luar Sepenuh Masa MRSM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua 16 calon yang lulus penilaian itu akan memulakan tugas pada 10 Julai ini.

“Peranan warden MRSM bukan sekadar menjaga disiplin dan keselamatan pelajar, malah bertindak sebagai murabbi yang menggantikan ibu bapa pelajar di asrama.

“Mereka juga akan menjalani latihan secara berkala untuk memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan MARA bagi melahirkan generasi ulul albab yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki sahsiah terpuji, akhlak yang baik, integriti tinggi serta ilmu ukhrawi yang bermanfaat.

“Semoga usaha ini dapat terus membendung budaya buli, salah laku disiplin dan gejala sosial selain membentuk persekitaran MRSM yang lebih selamat, kondusif dan subur dengan biah solehah yang menekankan nilai adab, hormat-menghormati, kasih sayang, ukhuwah serta budaya menuntut ilmu,” katanya.

+ - reset