TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kes cabul pelajar, 4 individu dipanggil polis beri keterangan

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 5 JULAI - Polis sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes liwat dan cabul dua pelajar lelaki sebuah kolej di sini, termasuk suspek dan bapanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, selain suspek dan bapanya, polis turut merakam percakapan dua saksi yang juga pengadu.

Menurutnya, rakaman percakapan saksi-saksi lain yang berkaitan sedang diatur bagi melengkapkan siasatan.

Semakan awal mendapati suspek sudah dua tahun berkhidmat di kolej berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal, pihak pengurusan tidak membuat semakan rekod lampau jenayah semasa proses pengambilan bekerja.

“Rakaman percakapan pihak pengurusan kolej akan diambil bagi mengesahkan perkara terbabit dan membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sarudin berkata, suspek kini ditahan reman bermula semalam hingga 10 Julai ini dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan suspek jam 12.01 tengah malam semalam susulan laporan dua remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga pelajar di sebuah kolej di Glenmarie berhubung kes terbabit.

+ - reset