TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dipercayai pernah jadi mangsa buli, pelajar tikam pembuli sehingga cedera dalam sekolah di Banting

By
|
Kongsi
image

Banting: Seorang pelajar cedera dalam satu kejadian tikaman yang berlaku di sebuah sekolah menengah di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil. 

"Ya, saya sahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Mangsa berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian hitam berjalan di kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau. 

Rakaman sama turut menunjukkan beberapa pelajar bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku. 

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengenai suspek adalah bekas pelajar sekolah berkenaan yang telah dibuang dan ingin membalas dendam. 

Setakat ini, polis belum mendedahkan butiran lanjut termasuk identiti suspek dan motif kejadian. 

Satu kenyataan rasmi dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

+ - reset