Berita Berita
Kes tikam: JPN Selangor nasihat orang ramai jangan buat spekulasi sendiri, tunggu siasatan polis
KUALA LUMPUR 6 Julai – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengesahkan seorang murid yang cedera dalam insiden tikam di sebuah sekolah di negeri ini pada Isnin sedang menerima rawatan di hospital, manakala suspek kejadian telah ditahan polis.
Menurut kenyataan media JPN Selangor, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
JPN Selangor memaklumkan, keutamaan ketika ini adalah memastikan murid yang tercedera menerima rawatan terbaik selain bantuan sewajarnya disalurkan kepada keluarga mangsa.
Pada masa sama, pasukan kaunselor serta Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah yang terkesan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana boleh mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai satu insiden tikam membabitkan pelajar di sebuah sekolah di Selangor sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.
JPN Selangor bagaimanapun tidak mendedahkan identiti sekolah atau butiran lanjut berhubung kejadian tersebut kerana siasatan masih dijalankan pihak polis.
Berita berkaitan
July 6, 2026, 7:18 pm
Lebih 72,000 peserta FELCRA terima agihan keuntungan interim RM126.9 juta - Zahid Hamidi
July 6, 2026, 5:15 pm
Anwar bawa 'vibe' positif, Ramanan yakin PH mampu menang PRN Johor
July 6, 2026, 4:00 pm
Suspek tikam pelajar di Banting disiasat bawah Seksyen 307 cubaan bunuh
July 6, 2026, 3:43 pm
Kes tikam pelajar: KPM fokus kebajikan mangsa, Fadhlina rayu henti sebar spekulasi
July 6, 2026, 1:42 pm
