Berita Berita
Aliff Syukri taja 47 pekerja pakej umrah, hargai kesetiaan bangunkan syarikat
SEPANG 6 Julai - Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan penghargaan terhadap pekerja dan rakan niaganya dengan menaja pakej umrah sebagai ganjaran atas komitmen serta kesetiaan mereka dalam membangunkan empayar perniagaannya.
Beliau berkata, impian membawa mereka menunaikan ibadah umrah sudah lama disimpan dan kini menjadi kenyataan sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan serta sumbangan mereka.
“Apa yang berlaku hari ini sebenarnya adalah impian kami. Bila dapat menggembirakan pekerja dan rakan niaga, saya rasa itu satu kepuasan.
“Ini adalah cara kami berkongsi rezeki dengan mereka yang banyak membantu perjalanan perniagaan kami,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan kumpulan jemaah umrah di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Aliff Syukri berkata beliau sekeluarga terus memilih Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk menguruskan perjalanan umrah kerana yakin dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.
Menurutnya, pengalaman kurang memuaskan dengan agensi lain sebelum ini membuatkan beliau lebih selesa menggunakan khidmat syarikat berkenaan.
“Kami pernah pergi dengan agensi lain tetapi agak mengecewakan. Sebab itu kami memilih Andalusia kerana sudah lama bersama mereka.
“Saya sendiri sudah lebih lima atau enam kali menggunakan khidmat mereka, manakala keluarga saya pula sudah lebih 15 tahun bersama Andalusia,” katanya.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu berkata, keutamaan beliau adalah mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dan boleh dipercayai, bukan semata-mata memilih pakej yang murah.
“Kami nak agensi yang boleh dipercayai. Bagi saya, apa yang kita bayar mestilah setimpal dengan perkhidmatan yang kita terima.
“Alhamdulillah, sepanjang menggunakan khidmat Andalusia semuanya dipermudahkan dan kami tidak perlu risau mengenai urusan perjalanan,” ujarnya.
Terdahulu, seramai 91 jemaah berlepas ke Tanah Suci menaiki penerbangan Saudia, termasuk 47 individu yang terdiri daripada pekerja serta ahli keluarga Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid.
Berita berkaitan
July 6, 2026, 7:18 pm
Lebih 72,000 peserta FELCRA terima agihan keuntungan interim RM126.9 juta - Zahid Hamidi
July 6, 2026, 5:15 pm
Anwar bawa 'vibe' positif, Ramanan yakin PH mampu menang PRN Johor
July 6, 2026, 4:00 pm
Suspek tikam pelajar di Banting disiasat bawah Seksyen 307 cubaan bunuh
July 6, 2026, 3:43 pm
