Berita Berita
Anwar bawa 'vibe' positif, Ramanan yakin PH mampu menang PRN Johor
KUALA LUMPUR 6 Julai - Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berdasarkan perkembangan kempen dan sokongan pengundi setakat ini.
Beliau berkata, keyakinan itu semakin kukuh selepas melihat wujudnya gelombang sokongan terhadap calon PH di beberapa kawasan terutama menjelang hari pengundian pada 11 Julai ini.
“Beberapa hari ini, kita sedang melihat bahawa calon-calon PH mewujudkan satu gelombang kempen tapi gelombang (kempen) itu saat-saat akhir sahaja kita boleh lihat.
“Tapi kali ini sejak awal lagi kita boleh nampak sokongan tu terutama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mula turun kempen di beberapa tempat di DUN Layang-Layang, di Johor Bahru di Bukit Batu khususnya di kawasan-kawasan calon PH bertanding,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.
Menurut Ramanan, jentera PH turut menerima maklum balas positif daripada pengundi serta penyokong di kawasan yang ditandingi.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan siri kempen PRN Johor ke-16 pada 4 Julai lalu dengan beberapa siri jelajah bagi memperkukuh sokongan terhadap calon dan jentera PH.
Berita berkaitan
July 6, 2026, 7:18 pm
Lebih 72,000 peserta FELCRA terima agihan keuntungan interim RM126.9 juta - Zahid Hamidi
July 6, 2026, 4:00 pm
Suspek tikam pelajar di Banting disiasat bawah Seksyen 307 cubaan bunuh
July 6, 2026, 3:43 pm
Kes tikam pelajar: KPM fokus kebajikan mangsa, Fadhlina rayu henti sebar spekulasi
July 6, 2026, 1:42 pm
