TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Kalau anda nak duit orang China, kena letak bendera China' - Pelancong asing dikecam marah pekerja hotel di Malaysia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Julai - Seorang lelaki warga China menerima kecaman netizen selepas didakwa memarahi kakitangan sebuah hotel kerana tiada bendera negaranya dipamerkan di restoran premis berkenaan.

Hantaran video yang dimuat naik lelaki terbabit tular di media sosial apabila dia menunjukkan deretan bendera pelbagai negara di restoran hotel tersebut, namun mendakwa tidak melihat bendera China dipamerkan.

“Kalau anda nak duit daripada orang China, kenapa tidak letak bendera China. Hari ketiga di Malaysia kerana urusan bisnes dan pagi ini bersarapan di hotel.

“Saya nampak ada bendera-bendera di luar koridor, tanpa ada bendera China. Jadi saya panggil seseorang (staf hotel), kenapa tak ada bendera China,” katanya dalam rakaman berkenaan.

Lelaki itu kemudian didakwa terus mempersoalkan perkara sama kepada kakitangan hotel wanita terbabit sehingga mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

Video tersebut kemudiannya dikongsi secara meluas oleh rakyat Malaysia yang mengecam tindakannya, dengan ramai menjelaskan bendera yang dipamerkan adalah negara-negara yang mengambil bahagian dalam acara sukan antarabangsa, bukan semua negara di dunia.

Antara komen netizen termasuk yang menyatakan bendera Malaysia juga tidak dipamerkan dalam susunan berkenaan, selain ada yang menjelaskan ia merujuk kepada negara peserta kejohanan tertentu.

Tindakan lelaki itu turut disifatkan tidak wajar dan mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

+ - reset