Berita Viral
'Kalau dah tersepit bawah lori' - Aksi bahaya budak tunggang basikal lajak cetus kebimbangan netizen
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 6 Julai– Tindakan berbahaya sekumpulan kanak-kanak menunggang basikal lajak di atas jalan raya sekali lagi mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas video tersebut tular di media sosial.
Dalam video tersebut, kelihatan tiga kanak-kanak meluncur laju di jalan menurun dengan beberapa kereta turut melalui kawasan tersebut sambil dua daripada mereka membuat aksi 'superman'.
Aksi itu bukan sahaja berbahaya kepada mereka sendiri, malah turut mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain.
Orang ramai yang menonton rakaman tersebut meluahkan rasa bimbang dan tidak puas hati, menyifatkan tindakan itu sebagai terlalu berisiko dan boleh mengundang tragedi pada bila-bila masa.
Orang ramai turut meluahkan pandangan mereka mengenai isu basikal lajak yang didakwa masih berlaku di jalan raya awam.
Seorang pengguna media sosial, paanswhenfree mempersoalkan status undang-undang aktiviti tersebut yang dipercayai telah diharamkan.
“Setahu aku, basikal lajak ni dah diharamkan JPJ kan?” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, reena.rayyan menegaskan bahawa ibu bapa seharusnya memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan anak-anak di bawah umur, termasuk dari sudut undang-undang.
“Kes macam ni patut mak bapak yang kena bertanggungjawab. Kita ada Akta Kanak-kanak di bawah pengabaian kanak-kanak.
Mak ayah yang gagal jaga dan biarkan anak bawah umur terhadap perkara berbahaya memang patut didakwa,” kata .
Seorang lagi netizen, vishallraj pula mempersoalkan peranan ibu bapa sehingga membiarkan kanak-kanak berada di jalan raya dalam situasi berbahaya.
"Mak bapak dia buat apa sampai anak boleh ada atas jalan macam ni? Didikan tu kena mula dari rumah," tulisnya.
Aksi basikal lajak yang sering dikaitkan dengan aksi berbahaya seperti ‘superman’ ini terus menjadi perhatian masyarakat, khususnya apabila ia dilakukan di jalan awam tanpa kawalan.
Orang ramai berharap pemantauan lebih ketat dilakukan oleh pihak berkuasa serta ibu bapa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada terus berulang.
Berita berkaitan
July 8, 2026, 3:33 pm
Lelaki warga asing gosok gigi pakai token LRT timbul rasa jijik orang ramai
July 8, 2026, 9:46 am
Penyokong gaduh, baling kerusi masa tonton Argentina, Mesir di kedai mamak
July 7, 2026, 3:06 pm
Diherdik, ditampar, wanita terkejut anak jadi mangsa buli lepas belek buku sekolah
July 7, 2026, 1:41 pm
Lelaki dikecam lepas hina ceramah masjid di media sosial
July 6, 2026, 10:55 am
Leka bersembang di kedai mamak, peragut selamba rembat beg tangan wanita
July 3, 2026, 10:24 am
Tayang pasport Singapura isi RON95, lelaki dakwa sengaja sakitkan hati rakyat Malaysia
July 2, 2026, 2:18 pm
