TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lelaki dikecam lepas hina ceramah masjid di media sosial

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 JULAI - "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

Itulah kata-kata yang boleh mengambarkan situasi seorang pengguna media sosial, itsme_nekko selepas menghina sebuah masjid dipercayai di kawasan Ampang, Selangor yang sedang melakukan ceramah selepas solat .

Pengguna media sosial itu yang dipercayai duduk berdekatan dengan kawasan berkenaan merakamkan video sebuah masjid sambil memuatnaik hantaran hinaan.

"B*b* kau tengah malam buat podcast lah pula on loudspeaker."

Hantaran itu lantas mendapat perhatian pengguna media sosial  yang mengecam tindakannya itu dan meminta menghormati setiap agama.

Selepas menerima kecaman hebat, pemilik akaun memadam hantaran tersebut dan mengaku kesalahannya.

Namun begitu, orang ramai masih tidak dapat menerima dan kecaman masih diteruskan.

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa.

+ - reset