TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lelaki warga asing gosok gigi pakai token LRT timbul rasa jijik orang ramai

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 JULAI - Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang individu dipercayai warga asing menggunakan token RapidKL sebagai alat mencungkil gigi ketika berada di tempat awam.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, individu berkenaan dilihat bersahaja mencungkil gigi menggunakan token tersebut meskipun di tempat awam.

Perbuatan itu mengundang rasa jijik orang ramai, lebih-lebih lagi token RapidKL digunakan ramai individu dan bertukar tangan setiap hari.

Ramai meluahkan kebimbangan terhadap aspek kebersihan kerana token yang digunakan semula oleh penumpang lain berisiko tercemar dengan air liur, kuman dan bakteria.

Malah, ada juga pengguna media sosial mengaitkan perkara itu dengan kemungkinan penularan penyakit berjangkit seperti influenza, HFMD serta jangkitan lain sekiranya aspek kebersihan tidak dipandang serius.

Selain itu, netizen turut menyuarakan rasa kurang senang dengan sikap segelintir individu yang dianggap tidak menjaga adab ketika menggunakan kemudahan awam.

Video berkenaan turut mencetuskan persoalan mengenai tahap kebersihan token pengangkutan awam sambil berharap pihak berkaitan dapat memperketat pemantauan serta memastikan token dibersihkan secara berkala demi keselamatan pengguna.

+ - reset