Berita Viral
Diherdik, ditampar, wanita terkejut anak jadi mangsa buli lepas belek buku sekolah
Luruh jantung seorang ibu apabila mengetahui selama ini anak yang dikendongnya sembilan bulan diherdik, dihina dan ditampar oleh rakan-rakan di sekolahnya.
Seorang pengguna media sosial, nurulshazwanie31, berkongsi perkara itu selepas membaca luahan anaknya di dalam buku sekolah.
Paling menyedihkan, anak kepada wanita itu baru sebulan berpindah ke sekolah berkenaan disebabkan mahu bersama adiknya.
"Ya Allah tak sangka anak aku sendiri jadi mangsa buli! Selama ini aku tak tahu anak aku kena buli sampai ke tahap ini," luahnya.
Meskipun berulang kali anaknya memberitahu ada rakan sering mengganggunya di sekolah namun dia tidak menyangka akan ke tahap buli.
"Kakak ini selalu sahaja aku tanya dia macam mana harini dekat sekolah dan ya memang dia akan bagitahu ada sahaja rakan-rakan yang sekelas kacau dia.
"Tapi aku tak tahu sampai ke tahap ini, bila aku tanya kenapa tak bagi tahu, anak aku cakap pembuli itu dah ugut," jelasnya lagi.
Dalam luahan buku sekolahnya, anak kepada wanita itu menulis perkataan-perkataan yang selalu diterima.
Kata-kata seperti 'adik kau cacat', 'kau hitam' dan paling merisaukan apabila mangsa mendakwa sering ditampar oleh rakan sekolahnya.
Menerusi perkembangan isu itu, nurulshazwanie31 dipercayai sudah melaporkan kepada pihak sekolah selepas menerima nasihat daripada ibubapa lain yang mengambil serius akan kejadian buli ini.
Berita berkaitan
July 8, 2026, 3:33 pm
Lelaki warga asing gosok gigi pakai token LRT timbul rasa jijik orang ramai
July 8, 2026, 9:46 am
Penyokong gaduh, baling kerusi masa tonton Argentina, Mesir di kedai mamak
July 7, 2026, 1:41 pm
Lelaki dikecam lepas hina ceramah masjid di media sosial
July 6, 2026, 10:55 am
Leka bersembang di kedai mamak, peragut selamba rembat beg tangan wanita
July 3, 2026, 10:24 am
Tayang pasport Singapura isi RON95, lelaki dakwa sengaja sakitkan hati rakyat Malaysia
July 2, 2026, 2:18 pm
