Berita Viral
'Mula-mula acah duduk, lepas tu kuis kaki’ – Aksi wanita curi barang tercicir terima kecaman netizen
Oleh AZIM SAID
SUNGAI BESI 7 Julai – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang wanita di sebuah premis Zus Coffee di Sungai Besi tular selepas didakwa mengambil kesempatan terhadap kad holder milik seorang pelanggan yang tercicir.
Menerusi hantaran di media sosial, kejadian itu dikatakan berlaku pada 5 Julai 2026 sekitar jam 3.38 petang.
Menurutnya, adiknya bersama seorang rakan berada di premis berkenaan sebelum kad holder miliknya tercicir.
Namun, selepas mereka beredar dari tempat duduk tersebut, seorang wanita didakwa mengambil tempat berkenaan sebelum melakukan beberapa pergerakan mencurigakan.
“Mula-mula acah-acah macam nak duduk. Lepas tu duk kuis pakai kaki,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Pengadu turut mempersoalkan tindakan wanita berkenaan yang didakwa tidak berusaha mencari pemilik barang sekiranya benar-benar tidak berniat untuk mengambilnya.
“Kalau betul tak ada niat mencuri, mesti dia akan keluar dan cari siapa yang tercicir kan?” katanya.
Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian pengguna mempersoalkan tindakan individu terbabit dan menggesa orang ramai lebih berhati-hati menjaga barang peribadi di tempat awam.
Pengguna nrl.sfam berkata tindakan tersebut tidak wajar sekiranya benar barang milik orang lain telah diambil.
“Malu la kak ambik kad orang lepas tu nampak muka. baik pulangkan. Kesian pemilik," tulisnya.
Sementara itu, pengguna mischkarania menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sesuatu yang mengecewakan dan berharap perkara itu menjadi perhatian pengguna lain.
“Dah terbiasa suka ambik hak orang, tak terkejut pun, biar netizen buat kerja,” katanya.
Dalam pada itu, pengguna teamsuzukimalaysia mencadangkan pihak premis mendapatkan maklumat pelanggan bagi membantu mengenal pasti individu terbabit.
“Tak susah pon nak kesan perempuan ni. Pergi kat staff tu mintak tarikh dgn masa dia pesan, keluar maklumat resit segala nama dia dan alamat.”
Bagaimanapun, kesahihan dakwaan serta niat sebenar individu dalam rakaman berkenaan tidak dapat disahkan setakat ini.
Berita berkaitan
July 8, 2026, 3:33 pm
Lelaki warga asing gosok gigi pakai token LRT timbul rasa jijik orang ramai
July 8, 2026, 9:46 am
Penyokong gaduh, baling kerusi masa tonton Argentina, Mesir di kedai mamak
July 7, 2026, 3:06 pm
Diherdik, ditampar, wanita terkejut anak jadi mangsa buli lepas belek buku sekolah
July 7, 2026, 1:41 pm
Lelaki dikecam lepas hina ceramah masjid di media sosial
July 6, 2026, 10:55 am
Leka bersembang di kedai mamak, peragut selamba rembat beg tangan wanita
July 3, 2026, 10:24 am
Tayang pasport Singapura isi RON95, lelaki dakwa sengaja sakitkan hati rakyat Malaysia
July 2, 2026, 2:18 pm
