TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Penyokong gaduh, baling kerusi masa tonton Argentina, Mesir di kedai mamak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 JULAI - Tular sebuah video insiden pergaduhan sehingga balingan kerusi tercetus yang dipercayai berlaku semasa perlawanan Piala Dunia membabitkan Argentina dan Mesir pada awal pagi Rabu.

Insiden itu dikongsikan seorang pengguna media sosial, Arifhut_ yang dipercayai berlaku di sebuah restoran mamak di Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.

Menerusi rakaman video itu, pergaduhan tersebut dicetuskan oleh warga asing yang sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain untuk menonton perlawanan tersebut.

Arifhut_ berpandangan pergaduhan itu sia-sia kerana pemilik kedai bertindak menutup televisyen bagi meleraikan insiden tersebut.

Dalam pada itu, ramai pengguna menyifatkan insiden itu tidak sepatutnya berlaku dan meminta sekumpulan warga asing terbabit menghormati pelanggan lain.

Argentina layak ke suku akhir dan akan bertemu Switzerland selepas menewaskan Colombia menerusi penentuan sepakan penalti.

+ - reset