TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Bawa basikal tengah jalan raya waktu puncak, Aksi penunggang dikecam netizen

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID 

KUALA LUMPUR 8 Julai – Tindakan sekumpulan penunggang basikal yang dilihat berada di tengah jalan raya ketika waktu puncak mengundang kecaman pengguna media sosial yang mempersoalkan aspek keselamatan.

Menerusi satu rakaman video yang tular, beberapa penunggang basikal dilihat menggunakan laluan sama dengan kenderaan lain ketika keadaan jalan raya sibuk, selain kelihatan kenderaan berat seperti lori berada berhampiran.

Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan tindakan berkenaan berisiko, terutama apabila melibatkan perkongsian jalan bersama kenderaan yang lebih besar.

Seorang pengguna, _010gabe, menyindir tindakan penunggang terbabit dengan menyifatkan golongan berkenaan terlalu mengutamakan aktiviti berbasikal tanpa memikirkan keselamatan.

“Golongan terpaling basikal, tapi otak tertinggal,” tulisnya.

Sementara itu, malamoffline pula mendakwa penunggang berkenaan seolah-olah menggunakan jalan raya ketika orang lain sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Korang pergi kerja, diorang tu tengah kerja atas jalan. Nak membanggakan negara,” katanya.

Turut memberikan komen, hijarokomuki mempersoalkan tindakan penunggang yang sanggup mengambil risiko walaupun memiliki kelengkapan berbasikal yang mahal.

“Basikal mahal dah, pakaian macam nak masuk olimpik. Tetapi sayang, tak reti hargai nyawa sendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, keadaan sebenar kejadian termasuk lokasi dan tujuan penunggang berkenaan berada di laluan tersebut masih belum dapat disahkan.

+ - reset