TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Polis buru individu pecah tabung surau di Skudai

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

ISKANDAR PUTERI 9 Julai – Sebuah tabung surau di Taman Selesa Jaya, Skudai dipercayai dipecahkan dalam kejadian awal pagi semalam, dengan wang tunai di dalamnya turut dilarikan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.25 pagi sebelum disedari pada 5.55 pagi apabila seorang ahli jawatankuasa surau tiba untuk menunaikan solat Subuh.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati tabung sumbangan yang diletakkan di bahagian hadapan surau itu telah diumpil, manakala wang tunai yang berada di dalamnya didapati hilang.

Menurutnya, polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau mengenali suspek diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau Hotline IPD Iskandar Puteri di 07-5114486 bagi membantu siasatan.

 

+ - reset