TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Anjing liar berkeliaran di Kampung Sungai Sekamat, penduduk bimbang keselamatan kanak-kanak

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

KAJANG 8 Julai– Isu sekumpulan anjing liar yang didakwa berkeliaran di sekitar Kampung Sungai Sekamat, Kajang terus mendapat perhatian selepas penduduk meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan orang ramai, terutama kanak-kanak.

Menerusi hantaran yang tular di media sosial, penduduk mendakwa anjing berkenaan sering berada berhampiran kawasan perumahan, jalan raya serta padang sehingga menimbulkan rasa tidak selamat.

Hantaran tersebut mendakwa masalah itu sudah berlarutan dan meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera.

“Penduduk dah penat nak hadap masalah anjing liar ni. Kencing berak bersepah, kejar orang sesuka hati, kejar kanak-kanak. Banyak orang kemalangan pasal anjing-anjing liar ni,” katanya.

Beberapa pengguna lain, feedly.9493 turut berkongsi kebimbangan mereka terhadap peningkatan jumlah anjing liar di kawasan sekitar Kajang.

Jelasnya, masalah berkenaan turut berlaku di beberapa lokasi lain seperti sekitar Stadium Kajang, KPMC dan Masjid Jamek Kajang.

“Dekat area stadium kajang, KPMC, Masjid Jamek Kajang pun bnyk anjing, makin hari makin banyak membiak,” katanya.

Sementara itu, pengguna aminahafizah mendakwa terdapat kejadian anjing berkeliaran berhampiran kawasan perumahan dan meminta tindakan sewajarnya diambil.

“Sini pun sama, pagi-pagi bersepah bangkai kucing dengan anak kucing. Ada tu siap hilang kepala. Laluan sini pulak penuh sekolah,” katanya.

Kebanyakan pengguna berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil langkah bagi menangani isu berkenaan, selain memastikan keselamatan penduduk terjamin.

+ - reset