TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tikus pijak, rendam dalam makanan di restoran popular KL

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 JULAI - Seorang pengguna media sosial sempat merakamkan insiden yang menjijikan di sebuah restoran apabila seekor tikus dipercayai sedang mengambil makanan di kawasan hidangan makanan pelanggan.

Menerusi perkongsian pengguna media sosial itu, dia juga perasan perkara itu selepas baru selesai makan di restoran berkenaan.

Dia juga mendakwa pekerja di restoran berkenaan sibuk bermain telefon tanpa mengawasi kawasan makanan terbuka itu.

Dalam video lain, tikus itu juga dirakam telah memijak dan berendam di dalam sebuah bekas yang berisi makanan.

"Stresnya lepas habis makan baru nampak tikus berkeliaran dekat situ, adoi staf pula 'ralik' main telefon tak tengok tikus itu."

Manakala seorang lagi pelanggan turut melaporkan perkara sama di media sosial dan berharap pihak pengurusan sila mengambil tindakan.

"Semalam datang sini (7 Julai), tengah siap makan tiba-tiba saya nampak ada tikus berkeliaran berhampiran kawasan makanan. Sebagai pelanggan, memang rasa tak selesa. Harap pihak pengurusan ambil tindakan segera."

Sehingga kini tiada lagi sebarang kenyataan daripada pihak restoran bagi menjawab persoalan isu tular tersebut.

+ - reset