Berita Viral
Warga emas tersembam lepas diragut 2 lelaki di Permas Jaya
KUALA LUMPUR 9 JULAI - Nasib malang menimpa seorang warga emas yang dipercayai menjadi mangsa ragut semasa berada di luar perkarangan rumahnya di Permas Jaya, Johor.
Insiden itu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jirannya yang turut berkongsi kejadian tersebut di media sosial.
Menerusi perkongsian Aytshazam di media sosial, kejadian itu dipercayai berlaku pada petang Rabu dan memohon penduduk di Jalan Permas yang mengenali suspek segera melaporkan insiden itu kepada pihak polis.
"Petang tadi baru sahaja ada kejadian ragut di Jalan Permas 2/5, mangsa merupakan jiran di belakang rumah saya, Mak Neng.
"Kepada sesiapa yang mengenali dua 'ekor' (suspek) atau dapat mengenal pasti motosikal yang dibawa boleh lapor terus ke pihak polis berdekatan," katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai memohon dua penunggang itu menerima balasan setimpal dan berharap pihak polis segera memberkas dua individu tersebut.
Sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Berita berkaitan
July 9, 2026, 5:03 pm
Polis buru individu pecah tabung surau di Skudai
July 9, 2026, 1:39 pm
Tikus pijak, rendam dalam makanan di restoran popular KL
July 8, 2026, 9:05 pm
Lelaki selamba rembat beg jemaah sedang solat zuhur di Kuantan
July 8, 2026, 3:33 pm
Lelaki warga asing gosok gigi pakai token LRT timbul rasa jijik orang ramai
July 8, 2026, 12:42 pm
Anjing liar berkeliaran di Kampung Sungai Sekamat, penduduk bimbang keselamatan kanak-kanak
July 8, 2026, 10:55 am
Bawa basikal tengah jalan raya waktu puncak, Aksi penunggang dikecam netizen
July 8, 2026, 9:46 am
Penyokong gaduh, baling kerusi masa tonton Argentina, Mesir di kedai mamak
July 7, 2026, 3:06 pm
Diherdik, ditampar, wanita terkejut anak jadi mangsa buli lepas belek buku sekolah
July 7, 2026, 1:41 pm
