TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Tak pernah tutup' - SPRM sahkan siasatan terhadap Jho Low masih berjalan

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 9 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih berjalan dan tidak pernah ditutup.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, siasatan terhadap Jho Low yang masih belum ditahan mana-mana pihak berkuasa itu kekal dibuka.

"Ya, siasatan terhadap Jho Low masih lagi 'on', tak pernah ditutup. Ia masih lagi dibuka," katanya pada sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menafikan dakwaan bahawa Jho Low memasuki Malaysia tahun lalu bagi mengadakan rundingan rahsia berkaitan pembayaran semula hutang atau pakej penyelesaian membabitkan 1MDB.

Perkara itu dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat apabila Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, nama Jho Low juga tidak tersenarai dalam senarai pengampunan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berdasarkan maklumat di laman sesawang Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.

Perkembangan itu sekali gus menepis spekulasi sebelum ini yang mendakwa Jho Low mungkin diberikan pengampunan oleh Trump sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-250 AS pada 4 Julai lalu.

+ - reset