Berita Berita
Sorak Piala Dunia 2026 bakal gegar Kuala Lumpur, sasar lebih 20,000 pengunjung bermula 14 Julai
KUALA LUMPUR 9 Julai - Festival tontonan bola sepak terbesar sempena Piala Dunia 2026, Sorak Piala Dunia @ Kuala Lumpur Festival Park, bakal berlangsung selama tujuh hari bermula 14 hingga 20 Julai ini dengan sasaran menarik lebih 20,000 pengunjung.
Acara yang diadakan di tengah-tengah ibu negara itu dijangka menjadi antara destinasi utama peminat bola sepak, keluarga, komuniti, pelancong serta jenama-jenama terkemuka untuk bersama-sama menikmati kemeriahan temasya bola sepak paling berprestij dunia dalam suasana festival.
Mengangkat slogan "Biggest Screen, Biggest Roars!!!", penganjuran kali ini menampilkan skrin LED berukuran 160 kaki x 40 kaki, yang disifatkan sebagai skrin terbesar pernah digunakan bagi acara tontonan Piala Dunia di negara ini.
Festival itu akan berlangsung dari Selasa hingga Isnin, dengan waktu operasi bermula 6 petang hingga 6 pagi pada hari perlawanan, manakala pada hari tanpa perlawanan ia dibuka dari 6 petang hingga 1 pagi.
Acara berkenaan diterajui oleh Berjaya Corporation, Starbucks, U Mobile dan 7-Eleven, manakala HotFM, FlyFM, KoolFM serta Eight WuXian tampil sebagai rakan radio rasmi.
Selain tayangan secara langsung perlawanan Piala Dunia, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertunjukan bunga api, persembahan api, persembahan sembilan DJ terkenal seperti Mirage, DJ Dougie, CZA (Headliner), Sharky dan Pri2, selain pelbagai persembahan pentas, aktiviti bertemakan bola sepak serta pemberian hadiah menarik.
Festival itu turut menghimpunkan lebih 20 pempamer membabitkan pelbagai jenama termasuk Gardenia, TikTok Shop, Sugarbomb, Ajmal Perfume dan Kahf, selain lebih 30 vendor makanan dan trak makanan bagi menawarkan pelbagai pilihan kepada pengunjung.
Penganjur optimis Sorak Piala Dunia @ Kuala Lumpur Festival Park akan menjadi antara lokasi tontonan Piala Dunia terbesar di Malaysia, sekali gus mewujudkan pengalaman unik yang menggabungkan sukan, hiburan, gaya hidup dan aktiviti komuniti di satu lokasi.
Berita berkaitan
July 9, 2026, 9:27 pm
Rugi puluhan juta ringgit, SPRM kesan kelemahan tadbir urus dalam PERKESO
July 9, 2026, 8:02 pm
Pelajar Tingkatan Enam meninggal dunia ketika orientasi di Melaka
July 9, 2026, 5:38 pm
78 etnik Rohingya dilulus status pelarian, 25 dikenal pasti layak bekerja - Saifuddin
July 9, 2026, 5:00 pm
Rakyat Myanmar perlu diberi ruang tentukan masa depan mereka - Anwar
July 9, 2026, 2:41 pm
'Tak pernah tutup' - SPRM sahkan siasatan terhadap Jho Low masih berjalan
July 9, 2026, 2:22 pm
