Berita Berita
Pelajar Tingkatan Enam meninggal dunia ketika orientasi di Melaka
MELAKA 9 Julai - Seorang pelajar baharu Tingkatan Enam meninggal dunia selepas rebah ketika menghadiri sesi orientasi kokurikulum di sebuah sekolah menengah di Jalan Chan Koon Cheng, di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, pelajar lelaki berusia 18 tahun berkenaan dibawa ke Hospital Melaka dalam keadaan tidak sedarkan diri dan lemah.
Beliau berkata, mangsa diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 68 minit, namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.11 malam.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa sedang berbaris di koridor kelas bersama rakan bagi menghadiri sesi orientasi kokurikulum sebelum tiba-tiba rebah.
"Guru yang menyedari kejadian itu segera menghubungi ambulans sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Halim, hasil temu bual dengan ibu mangsa mendapati pelajar terbabit tidak mempunyai sejarah sebarang penyakit atau masalah kesihatan.
Beliau berkata, mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik itu baharu tiga minggu mengikuti pengajian Tingkatan Enam di sekolah berkenaan dan aktif dalam kegiatan sukan.
"Sementara itu, laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat Coronary Artery Anomalies(keabnormalan saluran arteri koronari).
"Siasatan polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Berita berkaitan
July 9, 2026, 9:27 pm
Rugi puluhan juta ringgit, SPRM kesan kelemahan tadbir urus dalam PERKESO
July 9, 2026, 5:38 pm
78 etnik Rohingya dilulus status pelarian, 25 dikenal pasti layak bekerja - Saifuddin
July 9, 2026, 5:00 pm
Rakyat Myanmar perlu diberi ruang tentukan masa depan mereka - Anwar
July 9, 2026, 2:41 pm
'Tak pernah tutup' - SPRM sahkan siasatan terhadap Jho Low masih berjalan
July 9, 2026, 2:22 pm
