TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Aksi menari ketika hiking malam cetus kritikan, netizen persoal etika di kawasan hutan

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

KUALA LUMPUR 10 Julai - Aktiviti sekumpulan pendaki yang melakukan pendakian pada waktu malam mencetuskan kritikan di media sosial selepas video memaparkan mereka menari ketika berada di kawasan bukit tular.

Menerusi video tersebut, kumpulan berkenaan dilihat berkumpul di laluan pendakian sambil melakukan aksi seperti berada di sebuah acara hiburan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan tindakan itu tidak sesuai dilakukan ketika berada di kawasan hutan yang memerlukan rasa hormat terhadap alam sekitar serta pengunjung lain.

Seorang pengguna, adizuh, menyifatkan tindakan kumpulan tersebut sebagai tidak menjaga adab ketika berada di kawasan hutan.

“Takde adab langsung. Patutlah ‘penghuni hutan’ marah sampai ada orang kena rasuk malam semalam.

"Korang kalau masuk hutan, tolonglah jaga adab kelakuan dan percakapan," tulisnya.

Sementara itu, pengguna wanabe77 turut mengkritik tindakan berkenaan dan menyifatkan ia boleh mencemarkan imej komuniti pendaki.

“Tak malu ker? Perempuan dah macam bukan perempuan, mana letak adab ni," komennya 

Seorang lagi pengguna, velouratimur, berpendapat sesetengah pendaki kini hanya mengikut trend tanpa memahami etika sebenar ketika melakukan aktiviti mendaki.

“Kurang kesedaran dan pengetahuan. Contoh hiking ikut-ikutan. Level bukit ni selamatlah. Cuba buat perangai macam ni masuk hutan area Gerik sana," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai turut mengingatkan pendaki supaya menjaga tingkah laku, tidak mengganggu ketenteraman kawasan rekreasi dan sentiasa menghormati persekitaran ketika menjalankan aktiviti luar.

+ - reset