Berita Berita
'Sudah tiba masanya...' - Netizen tuntut janji Kor Ming letak jawatan
KUALA LUMPUR 12 Julai - Hantaran dimuat naik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Facebook mengundang pelbagai reaksi apabila ruangan komennya dibanjiri desakan netizen supaya beliau menunaikan janji meletakkan jawatan susulan perkembangan politik semasa.
Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP menerusi hantaran itu berkata, beliau masih berpegang kepada Malaysian Dream yang diperjuangkannya sejak menyertai dunia politik pada 1996 dan percaya telah memberikan yang terbaik sepanjang perjuangannya.
"Saya telah berjuang. Saya telah melakukan yang terbaik. Tuhan akan melakukan selebihnya. Amin," katanya.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial mengambil kesempatan mengingatkan Ahli Parlimen Teluk Intan itu mengenai kenyataannya sebelum ini berhubung kesediaan meletakkan jawatan.
Seorang pengguna Facebook, Najib Faiz, secara sinis bertanya sama ada Kor Ming sudah menyediakan surat peletakan jawatan, manakala Mohd Afuan menggesa beliau segera menunaikan janji sekiranya benar mahu berpegang kepada pendirian tersebut.
Seorang lagi pengguna yang menggunakan nama Puan Liz pula berseloroh menawarkan bantuan menyediakan surat peletakan jawatan bagi pihak Kor Ming, sementara Nor Aminuddin menyindir dengan meminta beliau mengemas meja pejabat sebagai tanda sudah tiba masanya untuk berundur.
Terdahulu, Kor Ming dilaporkan berkata beliau akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.
Beliau turut menyatakan DAP tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana ia disifatkan sebagai "garis merah" parti berkenaan.
Berita berkaitan
July 12, 2026, 7:07 pm
BN menang besar, Johor umum cuti peristiwa esok
July 12, 2026, 6:09 pm
Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua
July 12, 2026, 3:51 pm
PRN Johor: PAS akui BN semakin berpengaruh, mungkin PRU16 tidak diadakan dalam masa terdekat
July 12, 2026, 3:33 pm
Kor Ming kekal dengan pendirian, kenyataan letak jawatan disalah tafsir
July 12, 2026, 1:59 pm
'Kalau dah janji, Kor Ming perlu letak jawatan' - KJ
July 12, 2026, 1:36 pm
BN menang besar di Johor sebab pengundi PN - Anthony Loke
July 12, 2026, 11:34 am
PRN Johor: MIC paling cemerlang, sapu bersih 4 kerusi
July 12, 2026, 9:22 am
