TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Aku diam, korang pijak kepala aku!' - Aidil Zafuan akhirnya bersuara, nafi tak mengaku anak dengan Rita Rudaini

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak tampil menafikan dakwaan seorang pengguna media sosial yang mengaitkan dirinya dengan isu tidak mengaku anak.

Perkara itu tercetus selepas seorang pengguna di platform Threads memuat naik hantaran yang mendakwa anaknya sukar mengenali bapa sendiri kerana individu yang didakwa sebagai bapa tidak mengaku anak tersebut.

Tidak berdiam diri, Aidil tampil membalas dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah serta memberi tempoh 24 jam kepada individu berkenaan untuk memadam hantaran dan membuat permohonan maaf.

"Dengan nama Allah aku tak pernah keluar perkataan itu dan tak pernah sekali aku tak mengaku itu bukan anak aku. Aku bagi kau masa satu hari kau padam apa yang kau tulis dan buat permohonan maaf atau awak juga akan dapat arahan mahkamah. Cari bukti yang aku mengaku itu bukan anak aku... Jangan main gila dengan aku!!!," tulisnya.

Sebelum ini, nama Aidil turut menjadi perhatian selepas seorang pengguna media sosial meninggalkan komen pada satu hantaran berkaitan anak kepada pelakon Rita Rudaini.

Dalam komen tersebut, pengguna terbabit mempersoalkan kenyataan anak Rita yang didakwa tidak mengenali Aidil, selain membangkitkan isu nafkah bulanan yang dikatakan diberikan atas arahan mahkamah.

Setakat ini, Aidil hanya mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bahawa beliau pernah tidak mengaku anaknya, manakala tiada perkembangan lanjut berhubung perkara itu.

+ - reset