Berita Berita
'Kalau dah janji, Kor Ming perlu letak jawatan' - KJ
PASIR SALAK 12 Julai – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming wajar menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau berkata, soal peletakan jawatan itu bergantung kepada Kor Ming sendiri, namun seseorang perlu berpegang kepada janji yang telah dibuat.
“Itu (letak jawatan) kena tanya dia tapi kalau sudah berjanji, kena tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak 2026 di Dewan Besar Pekan Baru, Chenderong Balai, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP dilaporkan berkata beliau akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan sekiranya BN memenangi PRN Johor dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.
Dalam PRN Johor semalam, BN mencatat kemenangan besar apabila memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Mengulas kemenangan itu, Khairy berkata, pertambahan lapan kerusi berbanding pencapaian sebelum ini membuktikan sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat, termasuk daripada pengundi muda.
“Kita jangan takbur dan sombong dengan kemenangan ini kerana ada PRN Negeri Sembilan, Melaka dan PRU kelak,” katanya.
Berita berkaitan
July 12, 2026, 7:07 pm
BN menang besar, Johor umum cuti peristiwa esok
July 12, 2026, 6:09 pm
Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua
July 12, 2026, 3:51 pm
PRN Johor: PAS akui BN semakin berpengaruh, mungkin PRU16 tidak diadakan dalam masa terdekat
July 12, 2026, 3:33 pm
Kor Ming kekal dengan pendirian, kenyataan letak jawatan disalah tafsir
July 12, 2026, 1:36 pm
BN menang besar di Johor sebab pengundi PN - Anthony Loke
July 12, 2026, 11:34 am
PRN Johor: MIC paling cemerlang, sapu bersih 4 kerusi
July 12, 2026, 10:28 am
'Sudah tiba masanya...' - Netizen tuntut janji Kor Ming letak jawatan
July 12, 2026, 9:22 am
