TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua

By
|
Kongsi
image

 

JOHOR BAHRU 12 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional (BN) diberi mandat besar untuk terus menerajui pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene, di sini, pada petang Ahad.

Sebelum istiadat berkenaan, kenderaan yang membawa Onn Hafiz memasuki pekarangan Istana Bukit Serene pada pukul 3.41 petang sebelum dilihat meninggalkan istana kira-kira sejam kemudian pada pukul 4.40 petang.

Terdahulu pada sebelah pagi, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Onn Hafiz selaku Pengerusi BN Johor.

Onn Hafiz sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19 pada 15 Mac 2022 selepas BN memenangi PRN Johor Ke-15 dengan memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada PRN Johor Ke-16 semalam, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Machap selepas memperoleh 20,382 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan yang meraih 5,007 undi, sekali gus menang dengan majoriti 15,375 undi.

+ - reset