TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PRN Johor: PAS akui BN semakin berpengaruh, mungkin PRU16 tidak diadakan dalam masa terdekat

By
|
Kongsi
image

 

KOTA BHARU 12 Julai – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dijangka menyebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) tidak akan diadakan dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, kerajaan dijangka meneruskan pentadbiran sehingga hampir tamat penggal bagi memanfaatkan kelebihan politik yang dimiliki susulan keputusan PRN Johor.

"Daripada keseluruhan keputusan PRN Johor, saya melihat kemungkinan besar PRU16 tidak akan diadakan dalam masa terdekat.

"Apa yang pasti, kemenangan besar BN menjadikan parti itu memiliki pengaruh semakin besar dalam menentukan dasar dan hala tuju Kerajaan Persekutuan. Ia akan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH)-BN," katanya.

Terdahulu, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor apabila memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Johor Ke-16.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dilaporkan berkata, lapan lagi kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH).

Pada masa sama, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berpandangan keputusan PRN Johor menunjukkan PH masih gagal mengembalikan keyakinan rakyat.

"Bukan sahaja gagal menawan Johor, malah mereka turut kehilangan beberapa kerusi.

"Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri dalam sejarah yang kerap turun berkempen dalam PRN, ternyata kehadiran beliau masih belum cukup meyakinkan kembali rakyat," katanya.

+ - reset