TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Penumpang kongsi pengalaman bunyi meletup, percikan api masa naik LRT3

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 JULAI - Tular di media sosial seorang pengguna berkongsi video pengalaman kali pertama menaiki LRT Laluan Shah Alam yang berakhir trauma selepas salah satu gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) mengeluarkan bunyi letupan kecil serta percikan api.

Menerusi perkongsian video prince_ahakz itu, semuanya bermula normal dan seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelum LRT itu secara tiba-tiba berhenti di tengah-tengah landasan.

Namun selepas dua minit, LRT itu bergerak seperti biasa dan meneruskan perjalanan ke stesen seterusnya.

Selepas LRT itu melepasi beberapa stesen, setibanya di Damansara Idaman secara tiba-tiba bunyi letupan dan percikan api terakam secara tidak sengaja sehingga pengguna media sosial itu mendakwa ternampak kesan asap di luar kenderaan.

Insiden itu memaksa semua penumpang  turun di stesen seterusnya selepas LRT itu dipercayai mengalamai masalah teknikal.

Pengguna media sosial itu juga sempat merakam video percikan api di bahagian belakang LRT tersebut semasa ia berlalu pergi meninggalkan stesen berkenaan.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak RapidKL berhubung insiden terbabit. 

 

+ - reset