TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pasangan pelancong China dikecam bantu anak buang air besar dalam tong sampah KLIA

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 JULAI – Tindakan sepasang suami isteri dipercayai dari pelancong China yang didakwa membiarkan anak mereka membuang air besar di dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengundang kecaman hebat netizen di media sosial.

Insiden tersebut tular selepas seorang pengguna media sosial memuat naik satu hantaran yang memaparkan pasangan berkenaan sedang memegang anak mereka di atas sebuah tong sampah di kawasan lapangan terbang terbabit.

Menurut pemilik hantaran, tindakan sedemikian disifatkan sebagai tidak beradab dan tidak bertanggungjawab, memandangkan kemudahan tandas awam terletak berhampiran dengan lokasi kejadian.

"Ke manakah adab manusia ini? Padahal tandas dekat sahaja untuk bawa anak membuang air besar. Boleh suka-suka biarkan anak buang najis yang busuk dalam tong sampah.

"Kesian pekerja pembersihan nak kena bersihkan tong sampah dan kasihan penumpang kena hadap bau busuk," katanya menerusi hantaran tersebut.

Individu berkenaan turut mendakwa wanita terbabit kemudiannya dilihat terus menuju ke tandas untuk mencuci tangan selepas anaknya selesai membuang air besar di situ. 

Kesal dengan apa yang berlaku, dia mencadangkan agar tindakan tegas seperti khidmat masyarakat dikenakan terhadap individu yang mengabaikan kebersihan di tempat awam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan mempersoalkan tahap etika serta kesedaran sivik pelancong berkenaan.

Malah, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman menyedihkan  ketika berhadapan dengan segelintir pelancong asing sebelum ini.

"Memang perangai mereka macam itu. Dulu masa kerja 'airport' pun mereka kencing dalam 'paper bag duty free', kemudian letak bawah kerusi dalam 'boarding gate'," kongsi seorang pengguna dikenali sebagai Zainularifin_mansuri.

Sementara itu, seorang lagi netizen, Clara Lee, berpendapat budaya sedemikian berkemungkinan dianggap biasa di negara asal mereka, bersandarkan kepada pengalamannya sendiri yang pernah melihat situasi hampir sama ketika melancong ke luar negara.

Setakat ini, hantaran tersebut terus meraih perhatian ramai yang mendesak agar pemantauan lebih ketat dilakukan pihak berkuasa lapangan terbang bagi memastikan imej negara dan keselesaan pengguna lain sentiasa terpelihara.

+ - reset